Polis nafi kes culik, ambil organ budak di Johor

JOHOR BAHRU, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Polis menafikan berlaku kejadian penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di negeri ini seperti gambar yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

“Gambar yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher dan jahitan di sepanjang atas badan dipercayai telah meninggal dunia serta semua organ dalaman juga telah didapati tiada.

“Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu. – Bernama

The post Polis nafi kes culik, ambil organ budak di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian