ismakualaterengganu

Polis Pahang tahan ‘Kak Ton’ kes tipu pakej umrah

KUANTAN, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Polis Pahang memberkas seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Ton’ yang disyaki terlibat dengan...

KUANTAN, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Polis Pahang memberkas seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Ton’ yang disyaki terlibat dengan penipuan pakej umrah bernilai RM117,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan pada 11.53 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, ketika dia hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipanggil untuk membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh 16 mangsa umrah dari Felda Keratong, Rompin yang sepatutnya berlepas ke tanah suci pada Disember lalu.

“Suspek dipercayai telah menerima wang bagi urusan umrah itu yang dimasukkan ke dalam akaun banknya. Bagaimanapun, pada November 2017, suspek memaklumkan mangsa perjalanan itu tidak dapat diteruskan.

“Suspek juga enggan memulangkan wang yang telah dibayar mangsa dengan memberi pelbagai helah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Suspek dijangka didakwa esok di Mahkamah Majistret Rompin, katanya. – Bernama

The post Polis Pahang tahan ‘Kak Ton’ kes tipu pakej umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8979613191463066934

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item