ismakualaterengganu

Polis rakam kenyataan Dr Siti Hasmah

BANGI, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Polis sudah merakam kenyataan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr siti Hasmah Mohd Ali, berhubung uca...

BANGI, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Polis sudah merakam kenyataan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr siti Hasmah Mohd Ali, berhubung ucapannya pada perhimpunan unggu ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ yang diadakan 10 September tahun lalu.

Dua pegawai polis Bukit Aman tiba kira-kira jam 11.40 pagi semalam di bangunan Yayasan Al-Bukhary di ibu negara, bagi mengambil kenyataan Dr Siti Hasmah yang turut ditemani peguamnya Hanif Khatri Abdulla.

Perhimpunan itu antara lain menyasarkan keganasan politik, ugutan, perkauman, seksisme, ucapan kebencian serta kegagalan kerajaan memastikan keselamatan awam dan kesucian Perlembagaan.

Hanif kemudian memberitahu pemberita bahawa kes terhadap Dr Siti Hasmah disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman dan 12 soalan dikemukakan kepada beliau berkaitan ucapannya.

Memetik laporan media tempatan, Hanif mendakwa tindakan polis sekarang ini bermotifkan politik.

“Pihak kerajaan dengan sedaya upaya melencongkan fikiran, penglihatan dan pandangan orang… daripada masalah mereka, cuba membuat sandiwara ini. Mereka cuba nak gertak rakyat biasa,” katanya.

Hanif berkata, pihak polis sepatutnya hanya menonton ucapan Dr Siti Hasmah dalam talian, bukannya merakamkan kenyataan beliau.

Katanya, orang ramai juga boleh menilai sendiri jika kandungan ucapn Dr Siti Hasmah itu berupa hasutan atau bertentangan dengan undang-undang.

The post Polis rakam kenyataan Dr Siti Hasmah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7602244713442670222

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item