Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Keropok udang berkenaan difahamkan tidak mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Shamsul Nizam Khalil berkata, premis itu sudah beroperasi kira-kira dua tahun dan memperoleh keropok mentah daripada Indonesia.
Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 58 tahun dipercayai pemilik perniagaan itu.
“Pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat itu tidak pernah membuat permohonan sijil halal ke atas produk keropok udang itu dan mendapati logo halal digunakan adalah direka sendiri.
“Justeru, pihak kami menyita sebanyak 396 bungkus keropok dan 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan ‘Halal’ dalam rumi dan jawi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,786,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Mengulas lanjut Shamsul berkata, premis berkenaan akan dikenaka tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Sehubungan itu katanya, KPDNKK memandang serius terhadap premis perniagaan yang tidak menggunakan perakuan halal.
The post Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan