Program Dwibahasa DLP tetap diteruskan tahun ini: Kementerian Pendidikan
BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di beberapa lagi sekolah terpilih tahun ini.
Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,215 sekolah rintis kini menjalankan program berkenaan yang akan berterusan sehingga tahun depan.
“Kementerian juga telah meluluskan 88 lagi sekolah yang akan melaksanakan program tersebut pada tahun 2018, menjadikan ia 1,303 sekolah tahun ini,” katanya.
Kementerian itu turut mengingatkan sekolah DLP supaya membuat persiapan yang diperlukan bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar.
DLP perlu menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (Tahun 1), Matematik (Tahun 1 dan Tahun 4) dan Sains (Tahun 4) manakala di peringkat sekolah menengah pula ialah Sains dan Matematik bagi Tingkatan 1.
Ia dilihat sebagai pintu belakang bagi memperkenalkan semula Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang dikatakan bertujuan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.
Program ini tetap dilaksanakan sejak 2016, meskipun pernah menerima bantahan daripada beberapa pihak termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Raof Hussin.
The post Program Dwibahasa DLP tetap diteruskan tahun ini: Kementerian Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan