Projek terowong dasar laut: SPRM rekod keterangan 12 individu

BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki berkata, saksi daripada pejabat kerajaan DAP Pulau Pinang adalah antara individu yang direkod kenyataan hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, selain individu tersebut, turut diambil keterangan saksi syarikat berkaitan projek itu yang dibuat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Azam berkata, setakat ini tiada keperluan untuk pihaknya memanggil Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco kerajaan negeri memberi kenyataan.

The post Projek terowong dasar laut: SPRM rekod keterangan 12 individu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian