Proses hantar pulang warga Rohingya ditangguh

DHAKA, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Proses penghantaran pulang lebih 650,000 warga Rohingya ke Myanmar ditangguh berikutan laporan mereka enggan kembali ke negara asal itu.

Namun, buat masa sekarang ianya masih tidak jelas sama ada tarikh penghantaran pulang baharu akan ditetapkan, kata pegawai di Bangladesh.

Pesuruhjaya proses penghantaran pulang itu, Abul Kalam berkata, perkara utama ialah proses ini harus dilakukan secara sukarela.

Beliau berkata bahawa kertas kerja bagi pelarian yang bakal dihantar pulang belum dimuktamadkan dan kem transit belum dibina di Bangladesh.

Myanmar telah mengumumkan bahawa proses itu akan bermula pada hari Selasa, dua bulan selepas menandatangani perjanjian pertama, pada 23 November.

Para pegawai Bangladesh, bagaimanapun, enggan mengesahkan tarikh penghantaran pulang tersebut.

Pada hari Ahad, Menteri Luar Negeri Bangladesh, AH Mahmood Ali, memberitahu sidang media bahawa beliau tidak dapat memberikan tarikh tertentu bila ianya akan bermula.

Terdapat kebimbangan di kalangan pekerja bantuan antarabangsa dan Rohingya bahawa pelarian mungkin dipaksa untuk kembali ke Myanmar.

Kebanyakan pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar beberapa bulan yang lalu, bagi melepaskan diri daripada serangan oleh pasukan keselamatan dan perusuh Buddha.

Sayed Noor, yang melarikan diri pada bulan Ogos, berkata: “Jika mereka menghantar kami kembali dengan paksa, kami tidak akan pergi.”

Dia berkata bahawa pihak berkuasa Myanmar perlu memberikan hak mereka dan memberikan keadilan. – Agensi

The post Proses hantar pulang warga Rohingya ditangguh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian