ismakualaterengganu

Rasuah: Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi dibebaskan

RIYADH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi, Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan m...

RIYADH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi, Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Gambar Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dikeluarkan oleh agensi berita Arab Saudi, SPA.

Beliau adalah antara berpuluh-puluh pegawai kerajaan dan putera diraja Arab Saudi yang ditangkap ketika operasi besar-besaran arahan Putera Mahkota Mohammed bin Salmah, kononnya bagi membasmi rasuah.

Ibrahim adalah pegawai kanan kedua Arab Saudi yang dilihat di kalangan orang awam selepas ditangkap dalam operasi itu.

Sabtu lalu, stesen televisyen Arab Saudi menyiarkan gambar bekas Ketua Pegawal Kebangsaan, Putera Miteb bin Abdullah, yang turut ditahan dalam operasi itu, bersama Putera Mahkota Mohammed.

Putera Miteb dilaporkan membayar AS$1 bilion kepada kerajaan Arab Saudi bagi pembebasannya. – Agensi

The post Rasuah: Bekas Menteri Kewangan Arab Saudi dibebaskan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2685276249656578127

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item