Reda tak muncul di TV, radio kerana sokong PAS, kata PU Syed

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Juara program realiti dakwah, Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak bersedia untuk disekat daripada muncul dalam rancangan televisyen atau radio, selepas menyatakan sokongan terbukanya kepada PAS.

“Ambe reda jika tak muncul di kaca televisyen atau radio lagi selepas kenyataan ini. Kerana itu hanyalah wasilah penyampaian sahaja. Masih banyak cara untuk ambe berdakwah di luar sana dan rezeki Allah itu sangat luas,” katanya.

Malah, beliau berkata, tiada sebab untuknya menyokong UMNO yang jelas lemah dalam menegakkan syariat Allah sehingga mahu membentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355, memerlukan PAS sedangkan ia parti memerintah.

Juara Pencetus Ummah musim ketiga itu berkata, PAS adalah parti terbaik untuk dipilih, apatah lagi dengan rekod memerintah yang sifar rasuah di Kelantan dan meletakkan Islam sebagai prinsip utama perjuangan.

“Kalau kalian setuju dengan ambe..pakat-pakatlah pangkah PAS dalam PRU14 nanti. Tapi kalau rasa status ambe hanya cari publisiti murahan, ianya silap besar sebab ambe kenal PAS bukan lepas ambe jadi juara PU.

“Ambe kenal lama dah,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya, semalam.

Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed menjelaskan, beliau mendapat tarbiah langsung daripada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Darul Anwar, Kelantan pada 1995 hingga 2000.

“Jika Almarhum istiqamah dengan PAS selaku pemimpin utama, mengapakah perlu menjadi golongan yang kecewa, lari daripada jemaah dengan menubuhkan jemaah lain bagi menentang jemaah yang mereka dukungi sekian lama.

“Atas pelbagai alasan, namun alasan yang paling jelas di mata adalah mereka mendukung ketika berjawatan sahaja, tatkala hilang jawatan, mereka lupa diri,” katanya dipercayai merujuk parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Mengulas bekas sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PU Syed menyifatkan PKR sebagai parti yang suka menikam rakan politik sendiri.

“Selepas parti berkenaan mengerah keringat jentera PAS untuk menang pada pilihan raya. Tapi bila menang sudah lupa asal usul dan tidak mengenang jasa rakan sepakatan demi menjaga king makernya DAP!,” katanya.

“Semoga jelas dengan pendirian ambe ini. Ambe tidak berjawatan dalam parti dan bukan insan yang aktif dalam parti.

“Namun semangat ambe kuat untuk melihat syariat dan perintah serta larangan Allah dilaksanakan dengan sempurna di bumi Malaysia ini,” katanya.

The post Reda tak muncul di TV, radio kerana sokong PAS, kata PU Syed appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian