REMAJA ASET TERBAIK MASA DEPAN.

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER- Setiap tahun, Kem Lepasan Sekolah (KLS) akan dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM mengenai dunia kampus dan kerjaya. Kali ini, KRIM Kuala Lumpur membawakan kepada peserta, tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman kerjaya mereka.

Puan Nurulhuda Abdul Karim, seorang usahawan yang mengasaskan produk fesyen jenama sendiri Hijriahome berkata, setiap individu perlu mempunyai matlamat besar dalam kehidupan dan perlu menyumbang kepada masyarakat. Beliau yang juga lulusan University of Quensland Australia juga merupakan mantan eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat ternama Petrolium Nasional Berhad, PETRONAS.

Lebih menarik, program ini juga dihadiri anak-anak muda Melayu yang sudah melakar kejayaan di awal usia. Antaranya ialah Dr Azlan Wildan, seorang graduan PHD dari Universiti Putra Malaysia. Beliau berkata, pelajar perlu tahu minat dan kekuatan masing-masing dan perlu bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Beliau yang mendapat PHD seawal usia 26 tahun turut menyandang jawatan sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia(UPSI).

Senada dengan beliau, Prof Dr Shamsul Anuar Mokhtar, professor Seksyen Kejuruteraan Perisian Universiti Kuala Lumpur(UniKL), turut memeriahkan program termasuk dua orang graduan luar negara, iaitu saudara Hazwan bin Muhamad, akauntan muda di syarikat ternama Ernst and Young dan saudari Abiidah bt Fadzlan Shahidi, lulusan syariah dari Mesir.

Pengarah Kelab Remaja ISMA Kuala Lumpur En Fauzi bin Muhamad ketika ditemui, menzahirkan rasa syukur atas penganjuran program ini dan berharap agar peserta mendapat manfaat daripadanya.

“Alhamdulillah Kem Lepasan Sekolah(KLS) Kuala Lumpur 2018 telah berlangsung dengan jayanya. Kita percaya KLS Kuala Lumpur merupakan satu platform terbaik bagi para lepasan sekolah untuk mendapat pendedahan halatuju kerjaya serta peluang pendidikan yang boleh diperolehi selepas SPM. Kita percaya para remaja ini adalah aset yang terbaik untuk masa depan dan akhirnya merekalah yang akan mencorakkan Malaysia di masa hadapan”, katanya kepada wartawan ISMA.

 

Yusniati Mesra

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian