Remaja perlu dibantu buat keputusan demi masa depan

Remaja ISMA (KRIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Barisan Sekretariat telah menganjurkan Kem Lepasan Sekolah (KLS) Peringkat Kuala Lumpur 2018 hari ini.
Encik Syed Fariq Fathullah selaku pengarah program berkata , program ini diharap dapat membantu remaja lepasan sekolah menentukan hala tuju hidup mereka.

“ KLS Kuala Lumpur 2018 merupakan sebuah platform yang membantu remaja lepasan sekolah mendapatkan gambaran yang lebih jelas akan bidang yang hendak diceburi. Remaja perlu didedahkan dengan maklumat dan gambaran sebenar realiti alam kampus dan pekerjaan.”

“Melalui program ini, kami telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bidang dan kerjaya yang diminati mereka melalui penerangan oleh ahli-ahli yang telah berjaya dan berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti perubatan, pendidikan, kewartawanan, kejuruteraan dan sebagainya. Program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk menerokai bidang-bidang baru seterusnya meyumbang pada pembangunan negara kelak”, ujar beliau.

Menurut beliau lagi, karnival ini juga dapat membantu pelajar mencari identiti dan hala tuju masa depan mereka kerana pada fasa inilah , cita rasa dan kehendak remaja sentiasa berubah mengikut suasana dan persekitaran. Atas kesedaran ini , KRIM Kuala Lumpur tampil bagi menukar paradigma generasi muda masa kini.

Karnival yang berlangsung di Dewan UniKL telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Zalizah Awang Long , Dekan Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Insitute of Information and Technology.

 

 

Yusniati binti Mesra

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian