Rendahnya tahap pemikiran samakan parti dengan Pepsi dan Coca Cola: Tun M

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang menyamakan pemilihan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) seperti pemilihan Pepsi dan Coca Cola mempunyai tahap pemikiran yang rendah.

Mengakui terkejut dengan perkara itu, beliau mempersoalkan, kebolehan masyarakat untuk berfikir dan membuat perbandingan dalam pemilihan.

Beliau berkata, puak yang tidak dapat berfikir ini dikenali sebagai puak jahiliah.

“Jika kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita dapat bezakan antara yang bertanding. Dan mustahil kita akan maju.

“Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca Cola pun kita tak dapat, apatah lagi antara BN dengan PH. Tentu terlalu berat bagi kita,” katanya dalam tulisan di laman blognya, chedet.cc, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengibaratkan persamaan itu dengan pemilihan kereta dan siapa pemandunya bagi memberi gambaran isu mengundi dalam negara ini.

“Jika ditanya antara Proton dengan Rolls Royce, yang mana satu yang nak dipilih? Mana-mana sahajalah. Apa bezanya antara Proton dengan Rolls Royce. Kedua-duanya kereta bermotor, tak lebih dari itu.

“Keputusan yang dibuat ialah untuk tidak membeli Proton atau Rolls Royce. Kereta bermotor boleh terlibat dengan kemalangan. Adalah lebih baik berjalan kaki.

“Tetapi semasa melintas jalan sahabat ini tergilis dengan sebuah kereta – kereta Rolls Royce. Dia tak tahu kerana dah maut. Sebenarnya Rolls Royce itu dipandu pencuri kereta itu.

“Ini cerita dongeng. Tetapi cerita ini sama dengan membuat pilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola.

“Samada cerita ini dapat difahami atau tidak bergantung kepada kebolehan pembaca. Jika kebolehan rendah maka terjadilah tafsiran seperti yang dibuat terhadap soalan saya berkenaan daging babi,” katanya.

Beliau menjelaskan, maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir bangsa itu. Dalam Al Quran berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh daya-fikir manusia.

“Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak faham dan tidak percaya. Ayat menyoal, tidakkah kamu berfikir, mengguna akal fikiran,” katanya.

The post Rendahnya tahap pemikiran samakan parti dengan Pepsi dan Coca Cola: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian