Ribut petir, hujan lebat berterusan pagi ini

BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.

Antaranya di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Daerah yang dijangka adalah Kerian, Larut, Matang & Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak; Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor; Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat.

Keadaan ini dijangka berterusan dalam tempoh yang sama.

Ribut petir yang berlaku boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

The post Ribut petir, hujan lebat berterusan pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?