ismakualaterengganu

Saya suka Malaysia.. wanitanya tak berpakaian seperti pelacur tapi..

BANGI, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – “Salah satu perkara yang saya suka mengenai Malaysia ialah wanitanya tidak berpakaian seperti pelacur ...

BANGI, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – “Salah satu perkara yang saya suka mengenai Malaysia ialah wanitanya tidak berpakaian seperti pelacur dan sangat menghormati orang lain.”

Demikian antara kata-kata seorang doktor wanita dari New Zealand dalam sepucuk surat kepada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat, ketika meluahkan kejijikannya terhadap pakaian pramugari sebuah syarikat penerbangan Malaysia.

Dr June Robertson yang tinggal di Wellington dan kerap datang ke Malaysia tersinggung dengan pemakaian skirt yang terlalu pendek pramugari syarikat penerbangan berkenaan.

Malah, Robertson berkata, pemakaian skirt pendek itu tidak pernah dilihatnya di mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa lain sebelum ini.

“Syarikat penerbangan Eropah, New Zealand, Australia atau Amerika tidak memakai skirt pendek seperti itu. Saya rasa ianya menjijikkan kerana tidak semua orang menghargai dan menerima perkara seperti itu,” katanya dalam surat yang menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Robertson berkata beliau datang ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lalu dan sangat menyukai negara ini.

Katanya, antara perkara yang disukai mengenai Malaysia adalah realiti wanita di negara ini yang sangat menjaga adab berpakaian dan menghormati orang lain.

Bagaimanapun jelasnya, etika berpakaian yang digunapakai syarikat penerbangan itu menjejaskan reputasi Malaysia yang mencerminkan budaya pemakaian yang sopan.

Katanya, pernah terjadi tanpa sengaja beliau terlihat seluar dalam seorang pramugari syarikat penerbangan yang membongkok di pasar raya di KLIA2.

“Ianya dahsyat! Pada penerbangan saya bersama syarikat berkenaan dari Auckland ke Kuala Lumpur pada Oktober 2017 – pramugari yang melayan kami di kelas perniagaan mendedahkan bahagian dadanya, sehingga terlihat bahagian atas payudara.

“Saya menegur dan meminta dia menutup jaketnya. Saya juga tertanya-tanya kenapa negara yang dihormati seperti Malaysia membenarkan pemakaian seperti ini.

“Syarikat penerbangan ini membiarkan reputasi itu terjejas, dan jika melawat KLIA2 terdapat ramai wanita yang berpakaian seragam merah berjalan disekitarnya dengan berskirt pendek. Bagaimanapun, saya suka dengan uniform yang dikenakan pramugara, ia sangat profesional,” katanya.

The post Saya suka Malaysia.. wanitanya tak berpakaian seperti pelacur tapi.. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8607096897474246169

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item