ismakualaterengganu

Sekatan Arab Saudi, sekutu terhadap Qatar tidak sah: PBB

NEW YORK, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekatan yang dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya terhadap Qatar adalah tindakan melulu serta n...

NEW YORK, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekatan yang dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya terhadap Qatar adalah tindakan melulu serta negatif yang memberi kesan kepada penduduk di rantau Teluk, kata siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan pelancongan dengan Qatar sejak Jun tahun lalu, dengan mendakwa negara itu menyokong keganasan. Bagaimanapun, Doha menafikan tuduhan itu.

Pada November tahun lalu, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) melawat Qatar, di mana mereka bertemu kakitangan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, serta orang ramai yang terjejas akibat sekatan itu.

Melalui misi lawatan bermula 17 hingga 24 November lalu, OHCHR menyiapkan laporan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Qatar (NHRC).

Pada sidang media hari ini, Pengerusi NHRC, Ali bin Smaikh al-Marri berkata, kajian itu mendapati langkah sekatan yang dikenakan terhadap Qatar adalah tidak sah.

“Laporan itu menunjukkan tanpa keraguan bahawa prosedur sekatan yang dikenakan oleh negara terbabit bukan sahaja dari sudut politik, tetapi juga sekatan ekonomi.

“Ini adalah langkah sebelah pihak, kejam dan sewenang-wenangnya yang memberi kesan kepada rakyat dan warga negara lain yang tinggal di Qatar,” katanya.

Ali berkata, laporan itu menggambarkan langkah yang diambil terhadap Qatar oleh negara-negara yang mengenakan sekatan sebagai sewenang-wenang dan negatif, melanggar hak asasi manusia.

“Tindakan itu juga adalah suatu perang ekonomi terhadap Qatar,” katanya. – Agensi

The post Sekatan Arab Saudi, sekutu terhadap Qatar tidak sah: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6990456671773558890

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item