‘Semak laporan berita bagi sahih sebelum percaya’

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Timbalan Penolong Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati menerima laporan berita daripada portal yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengamalkan prinsip tabayyun yakni memeriksa sebelum menyebarkan sesuatu yang tidak dipastikan sumber kebenarannya.

Wartawan juga, katanya, perlu lebih berhati-hati dalam menulis laporan bagi mengelakkan berlaku sebarang fitnah.

Beliau berkata demikian susulan beberapa pihak yang mengecam kenyataan Ustaz Ismail Mina, pembentang dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, Sabtu lalu.

Ustaz Ismail dituduh menidakkan sejarah sumbangan pahlawan-pahlawan negara daripada bukan Islam dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Kamaruzaman berkata, situasi itu timbul kerana mereka merasakan UMMAH sebagai ancaman kepada agama dan bangsa lain.

“Mereka perlu faham, UMMAH ditubuhkan untuk menyatukan suara umat Islam yang berpecah. Kami juga menuntut hak-hak Bumiputera yang telah diberikan selaris Perlembagaan.

“Motif UMMAH jelas nak mengembalikan hal-hak Islam di negara ini yang semakin terhakis. Kita nak wujudkan suasana harmoni dalam negara dengan diberikan hak yang sepatutnya kepada golongan majoriti,” katanya.

The post ‘Semak laporan berita bagi sahih sebelum percaya’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian