Sepupu Ahed Tamimi bebas dengan ikat jamin
TEBING BARAT, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Salah seorang remaja Palestin, Nour Tamimi, 20 tahun yang didakwa menyerang askar Israel, dibebaskan dengan ikat jamin selepas mahkamah tentera menolak permohonan pendakwa untuk menyambung tempoh tahanannya.
Najm Tamimi, dibenarkan pulang selepas bapanya membayar wang jaminan sebanyak 5,000 shekel (AS$1,500).
Ahad lalu, Nour didakwa melakukan serangan teruk dan mengganggu tentera rejim pengganas Israel daripada menjalankan tugas mereka.
Prosiding mahkamah terhadapnya akan bermula pada 12 Februari.
Sepupunya, aktivis Ahed Tamimi, 16 tahun yang tular di media sosial berikutan klip video menampar tentera rejim Israel, masih ditahan bersama ibunya, Nariman.
Ahed menghadapi 12 pertuduhan, termasuk serangan yang teruk dan melemparkan batu, sementara ibunya menghadapi lima pertuduhan, termasuk hasutan kerana memuat naik video di media sosial.
Menurut peguam mereka, dakwaan terhadap Ahed dan Nariman termasuk insiden lama yang tiada kaitan dengan video itu.
Nour dan sepupunya, Ahed Tamimi, dirakam menampar dan menendang dua anggota tentera rejim pengganas Israel di Tebing Barat .
Video konfrontasi di luar rumah Tamimi di kampung Nabi Saleh itu tular di media sosial. Beberapa hari kemudian, kedua-duanya, bersama ibu Ahed, ditangkap oleh tentera Israel. – Agensi
The post Sepupu Ahed Tamimi bebas dengan ikat jamin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan