Shahrir nafi dapat semula hak milik tanah Felda sebab nak PRU

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Tan Sri Shahrir Abdul Samad menolak dakwaan mengatakan pemulangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak oleh syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd, adalah disebabkan Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

Katanya, sebagai Pengerusi Felda itu berkata, beliau sudah mengambil tindakan yang perlu bagi melindungi dan mengambil semula harta Felda.

“Sejak tanah milik Felda dipindah kepada pemaju, kita telah usaha letakkan kaveat bagi melindungi tanah Felda. Kita telah lakukan pelbagai usaha termasuk berbincang dengan lembaga pengarah Felda.

“Kita kemuka cadangan kepada perdana menteri, berjumpa peguam negara dan membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikikan mengulas dakwaan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), bahawa SPSB mengembalikan tanah itu tanpa sebarang kos, hanya sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14.

Semalam, Felda dan SPSB menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk mengembalikan hak milik semua 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dipindahkan dalam 4 transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 kepada Felda tanpa sebarang kos.

Sebelum ini, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM250 juta, apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015, tanpa pengetahuan Felda.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Pertukaran hak milik secara rahsia itu juga dipercayai dilakukan ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda.

The post Shahrir nafi dapat semula hak milik tanah Felda sebab nak PRU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian