ismakualaterengganu

SPRM serbu lapan syarikat ada kaitan projek terowong dasar laut

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan syarikat perunding di ibu negara dan Sel...

BANGI, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan syarikat perunding di ibu negara dan Selangor bagi membantu siasatan berhubung pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, serbuan yang dilakukan semalam membabitkan empat syarikat di Selangor iaitu Puchong, Semenyih dan Subang Jaya.

Manakala, empat lagi di sekitar ibu negara, termasuk Taman Tun Dr Ismail dan Wangsa Maju.

Difahamkan, serbuan itu membabitkan syarikat perunding kejuruteraan yang menjalankan kajian bagi pembinaan terowong itu.

“Sepasukan pegawai SPRM difahamkan membawa keluar sejumlah dokumen penting, termasuk kontrak dan perjanjian untuk siasatan lanjut,” lapor akhbar berkenaan.

5 Januari lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

The post SPRM serbu lapan syarikat ada kaitan projek terowong dasar laut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 246711516656761327

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item