SPRM tahan Timbalan Pengetua MRSM
BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Timbalan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, kerana disyaki menyalahguna kuasa berkaitan projek pembekalan.
Turut ditahan anak kepada suspek berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan dan berkata, kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.
Katanya, SPRM mula menjalankan siasatan kes ini selepas mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung penyalahgunaan kuasa oleh timbalan pengetua tersebut.
Suspek berusia 48 tahun itu dipercayai menyalahguna kuasanya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan barangan keperluan pelajar yang berjumlah lebih kurang RM79 ribu secara rundingan terus.
Timbalan Pengetua wanita itu dikesan melakukan perbuatan itu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan antara tahun 2016 dan 2017.
Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
The post SPRM tahan Timbalan Pengetua MRSM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan