ismakualaterengganu

SPRM terima senarai nama calon PRU

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa par...

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tanpa mendedahkan nama parti politik berkenaan, beliau berkata, senarai nama itu diberikan untuk disaring bagi memastikan calon mereka bebas rasuah atau salah guna kuasa.

“Ada (parti) yang telah serah nama dan ada yang belum, yang telah disaring kita akan beri jawapan kepada parti.

Ini proses sukarela dan tiada paksaan dibuat … ia untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap calon yang dikemukakan untuk menjadi wakil rakyat,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata, SPRM sedang meneliti maklumat baharu yang diberi Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada badan anti rasuah itu semalam mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Jika maklumat itu mempunyai asas kita akan buka kertas siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. – Bernama

The post SPRM terima senarai nama calon PRU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6573616600786583098

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item