Suara dari Baitulmaqdis kepada umat Islam… ‘Jangan hanya pandai cakap’

GAZA, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pelbagai pertubuhan Islam di Baitulmaqdis mengutuk langkah Parlimen rejim pengganas Israel yang meluluskan apa yang dikatakan sebagai Rang Undang-Undang Baitulmaqdis.

Serentak itu, Majlis Agama dan Wakaf Baitulmaqdis; Suruhanjaya Tinggi Hal Ehwal Islam; Jabatan Fatwa Palestin dan Direktorat Umum Wakaf dan Hal Ehwal Al-Aqsa, mengajak umat Islam bersatu padu membebaskan tanah suci itu daripada cengkaman pengganas Zionis.

Dalam satu kenyataan hari ini, pertubuhan itu berkata, rang undang-undang yang membenarkan pengganas Israel untuk menentukan batas sempadan Baitulmaqdis yang diduduki secara haram, sebagai sebahagian daripada Israel adalah melanggar undang-undang, batal dan tidak sah.

Pertubuhan itu juga menggesa ahli politik serta ulama di negara Arab dan negara Islam di seluruh dunia untuk mengambil langkah sama terhadap pelanggaran dan pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis, bukan setakat membuat ucapan atau kenyataan mengenai isu itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Resolusi 478/1980 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengikat semua negara anggota PBB, termasuk Amerika Syarikat dan Israel, menetapkan bahawa semua langkah Israel untuk mengubah identiti dan status undang-undang Baitulmaqdis adalah batal dan tidak sah.

Berikutan itu pertubuhan berkenaan mendesak Parlimen Israel membatalkan rang undang-undang berkenaan.

Sebagai rumusan, mereka memberi amaran kepada umat Islam di seluruh dunia terhadap rancangan pengganas Israel untuk menempatkan pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa, masjid suci ketiga umat Islam. – Agensi

The post Suara dari Baitulmaqdis kepada umat Islam… ‘Jangan hanya pandai cakap’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian