ismakualaterengganu

Sultan Johor pendamai selesai isu roboh kuil

JOHOR BAHRU, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai ...

JOHOR BAHRU, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.

Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima mengadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Gambar-gambar pertemuan baginda bersama pihak berkenaan telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah anakanda baginda Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Dalam entri di laman Facebook itu susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.

Sultan Ibrahim juga memaklumkan bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.

Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara itu secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan telahpun menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.

Kuil berusia 80 tahun itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini berikutan perobohannya pada 11 Jan lalu selepas pemilik sah tanah mendapat kebenaran perintah makhmah yang dipohon secara persendirian setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan. – Bernama

The post Sultan Johor pendamai selesai isu roboh kuil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5752004842628827314

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item