Sungai Golok capai paras amaran
RANTAU PANJANG, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Paras air Sungai Golok sudah mencapai paras amaran, sekaligus memberi peringatan kepada penduduk setempat untuk lebih berwaspada.
Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, sehingga jam 9 pagi tadi, paras air Sungai Golok pada mencecah bacaan 8.07 meter, yang mana melepasi paras amaran iaitu 8 meter.
Paras air berjaga-jaga di Sungai Golok ialah 7 meter manakala paras amaran 8 meter dan bahaya pada paras 9 meter.
Seorang penduduk, Bahari Mamat berkata, sejak beberapa hari ini, dia akan ke Sungai Golok bagi melihat sendiri paras air, kerana rumahnya di Kampung Parit Air, juga akan dinaiki air jika sungai itu mula melimpah.
Katanya kepada Berita Harian, setakat ini dia sudah mula mengambil tindakan awal dan bersiap sedia menyimpan dokumen penting kerana bimbang gelombang kedua melanda.
“Mengikut pengalaman, jika hujan masih berterusan dalam beberapa hari ini, limpahan air sungai akan berlaku sekali gus menyebabkan banjir. Beberapa kawasan rendah di Rantau Panjang ini sudah pun dinaiki air namun masih lagi terkawal,” katanya.
The post Sungai Golok capai paras amaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan