Suspek tipu pakej ke Korea Selatan serah diri

BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Seorang wanita berusia 36 tahun, dipercayai terbabit dalam kes penipuan pakej melancong ke Korea Selatan menyerah diri kepada pihak polis, petang tadi. 

Suspek hadir bersama suaminya ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya kira-kira jam 3 petang untuk serah diri. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret pagi esok.

“Dia ditahan berhubung kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan membabitkan 23 mangsa termasuk beberapa artis,” katanya. 

Sebelum ini, 23 individu termasuk beberapa artis seperti Aziz M Osman dan Den Wahab membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang menipu apabila lebih RM90,000 dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Bagaimanapun apabila mangsa tiba di Seoul, mereka mendapati suspek tidak pernah membuat sebarang tempahan hotel dan pakej pelancongan untuk mereka di Korea Selatan.

The post Suspek tipu pakej ke Korea Selatan serah diri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian