Tangani isu militan menerusi pendekatan wasatiyyah
PUTRAJAYA, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Pendekatan secara sederhana atau wasatiyyah menerusi dialog dan sesi penerangan umum digunakan dalam menangani masalah golongan ekstremis dan militan agama.
Ini adalah satu tindakan rahsia yang dilakukan oleh Malaysia dalam membanteras isu berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), Datuk Zainal Abidin Jaffar, berkata kerajaan juga dapat mengawal peningkatan bilangan mereka yang terbabit secara langsung dengan militan menerusi pendekatan ini.
Katanya, tindakan ini dilakukan dengan kerjasama daripada agensi seperti polis, imigresen dan pihak berkuasa agama negeri.
“Selain penguatkuasaan, kaedah pemulihan JAKIM menyelamatkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat dan menyampaikan mesej jelas mengenai ‘jihad’ didalangi golongan ekstremis.
“Ketika ini, kira-kira 80 peratus daripada 198 individu yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan militan dipulihkan manakala 78 promosi kegiatan militan menerusi pelbagai saluran disekat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
The post Tangani isu militan menerusi pendekatan wasatiyyah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan