Tentera Turki lintas sempadan buru pengganas Kurdis di Syria

ISTANBUL, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengumumkan pasukan tentera darat negara itu sudah melintasi sempadan memasuki wilayah Afrin di Syria, dalam usaha memerangi militan Kurdis YPG, hari ini.

Pada sidang media di sini, beliau berkata, pasukan tentera Turki mula memasuki wilayah yang dikawal kumpulan pengganas YPG di Syria hari ini dari perkampungan Gulbaba di Turki.

Sambil menegaskan bahawa Turki merancang membentuk zon selamat sepanjang 30 kilometer di Afrin, beliau berkata, unit kenderaan berperisai, pasukan khas dan rejimen infantri sudah memasuki wilayah Afrin sejauh lima kilometer.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau berharap operasi itu akan berakhir dalam tempoh singkat.

Beliau memberi amaran kepada penyokong pro Kurdis di Turki supaya tidak membantah operasi ketenteraan yang dilancarkan bermula semalam, bertujuan menghapus kumpulan pengganas Kurdis yang beroperasi di sempadan Turki-Syria.

Agensi berita Anadolu pula melaporkan pasukan Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong Turki memasuki beberapa perkampungan di wilayah Afrin.

Kumpulan pengganas YPG mengesahkan dua kampung di daerah Bilbil di Afrin telah diserang.

Fasa pertama serangan ke atas penempatan pengganas Kurdis membabitkan 72 jet pejuang Turki, memusnahkan 153 pusat persembunyian dan simpanan peluru kumpulan YPG serta Daesh, semalam. – Agensi

The post Tentera Turki lintas sempadan buru pengganas Kurdis di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian