ismakualaterengganu

Tiada kes culik, curi organ di Rompin

KUANTAN, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Dakwaan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin yang tular dalam ...

KUANTAN, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Dakwaan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin yang tular dalam laman sosial WhatsApp adalah tidak benar.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor meminta mereka yang menerima mesej itu untuk tidak menyebarkannya kerana boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

“Kita tidak menerima laporan berkaitan kes culik seperti dinyatakan dalam mesej itu. Bagi kes yang didakwa berlaku berhampiran sebuah
tadika di taman perumahan, ia sebenarnya adalah cubaan mencuri kereta.

“Kita percaya orang terlibat mahu mencuri kerata kerana banyak kereta yang diletakkan di kawasan luar rumah. Bagaimanapun, dia hanya sempat memecahkan cermin tingkap kereta sebelum melarikan diri,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azli menambah, mereka yang menerima maklumat seperti itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Sejak beberapa hari lepas, mesej mendakwa berlaku tiga kejadian culik di Rompin tular dalam kumpulan WhatsApp selain mendakwa kononnya ada mangsa culik di Johor ditemui dalam keadaan semua organ dalamannya tiada. -Bernama

The post Tiada kes culik, curi organ di Rompin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 647699171820485859

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item