Tiada kompromi dalam operasi banteras rabies

KUCHING, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pihak berkuasa tempatan akan melipatgandakan operasi menangkap anjing dan kucing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan selatan dan tengah Sarawak bagi mengawal penularan wabak Rabies yang kini menjangkau ke bahagian tengah Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan bertegas dalam operasi kali ini, dan tiada lagi kompromi bagi anjing dan kucing yang mempunyai tag sekalipun, sekiranya berkeliaran tanpa pengawasan.

“Jika didapati berkeliaran di sekitar zon operasi, haiwan itu akan ditangkap, dibawa ke tempat pengasingan, dan pemilik diberikan tempoh 48 jam untuk membuat tuntutan. Jika tiada tuntutan dalam tempoh itu, maka haiwan tersebut akan dihapuskan,” katanya.

Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawantakuasa Pengurusan Bencana negeri di bilik gerakan Negeri di Wisma Bapa di sini, Uggah berkata, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan dikurung di rumah sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Selain itu, sekatan dan pemeriksaan akan diadakan di dua jambatan yang menghubungkan Sibu dengan kawasan luar, iaitu di Jambatan Bintangor di Pradom dan Jambatan Durin bagi memantau dan menghadkan pergerakan haiwan di kawasan berkenaan, katanya.

Sabtu lepas, satu lagi kawasan baharu diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini mencapai angka 27.- Bernama

The post Tiada kompromi dalam operasi banteras rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian