Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hospital di Korea Selatan

BANGI, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Tiada rakyat Malaysia terlibat di dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di Korea Selatan kelmarin.

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataannya berkata, ia berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul.

Kejadian kebakaran di Hospital Sejong dalam bandar Miryang, di wilayah selatan Gyeongsang pada Jumaat lalu mengakibatkan 37 orang terkorban dan lebih 70 yang lain cedera.

“Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat setakat ini dalam kejadian tersebut.

“Untuk maklumat lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul boleh dihubungi melalui emel mwseoul@kln.gov.my atau talian telefon +82 2 2077 8600 / +8210 8974 8699,” kata kenyataan itu.

 

The post Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hospital di Korea Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian