ismakualaterengganu

Tiga individu cedera terkena serpihan mercun jenis ‘Air Bomb’

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tiga individu cedera akibat terkena serpihan mercun jenis ‘Air Bomb’ yang dipercayai dibaling ...


KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tiga individu cedera akibat terkena serpihan mercun jenis ‘Air Bomb’ yang dipercayai dibaling sekumpulan mat rempit di Gereja Luther Centre, Jalan Utara, Petaling Jaya tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang cedera dalam kejadian 12.45 malam itu ialah sepasang suami isteri warga tempatan berusia 48 dan 45 tahun serta seorang lelaki warga Zimbabwe berusia 25 tahun.

“Berdasarkan laporan yang dibuat paderi gereja itu, beliau terdengar bunyi letupan yang kuat selepas selesai upacara sembahyang tahun baharu dan ketika itu orang ramai telah mula bersurai.

“Setelah pengadu bergegas ke hadapan gereja, beliau mendapati tiga individu itu telah terkena serpihan letupan yang dipercayai dilakukan sekumpulan mat rempit yang menaiki lapan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zani berkata, siasatan awal mendapati sekumpulan mat rempit bertindak membaling mercun ke lokasi berkenaan selepas berlaku insiden kejar mengejar di antara dua kumpulan yang terdiri daripada beberapa lelaki yang menaiki motosikal.

“Insiden ini tidak mempunyai kaitan dengan isu mensabotaj gereja dan tiada unsur kebencian keagamaan memandangkan provokasi di antara kedua-dua kumpulan bermotosikal berlaku kebetulan di hadapan gereja yang mana satu balingan mercun telah jatuh dan meletup di bahu jalan manakala satu lagi jatuh dan meletup di hadapan pintu masuk gereja,” katanya.

Mohd Zaini berkata, pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang badan dan calar di bahagian kening manakala lelaki Zimbabwe yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta melecur di bahagian dahi.

Katanya, semua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di klinik swasta di Petaling Jaya.

Beliau berkata, polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di sepanjang jalan tempat kejadian dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu kepada pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-9766 2222. – Bernama

The post Tiga individu cedera terkena serpihan mercun jenis ‘Air Bomb’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6775554524538389182

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item