Tun M calon perdana menteri pakatan harapan
SHAH ALAM, 20 Rabiuakhir 1439H, Ahad – Pakatan harapan akhirnya sebulat suara memutuskan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mewakili gabungan itu, sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah dalam Konvensyen Harapan 2018 yang diadakan di sini, hari ini.
Pengumuman rasmi tersebut turut mempertaruhkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Ia sekaligus menamatkan tanda tanya penyokong pembangkang berhubung pemimpin yang layak menggalas jawatan yang dipegang Datuk Seri Najib Razak ketika ini, sekiranya Barisan Nasional berjaya ditewaskan pada PRU14 nanti.
Sebelum ini, isu calon perdana menteri daripada pembangkang sering dipolemikkan apabila dua nama besar dalam gabungan itu – Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – disebut untuk menggalas jawatan itu.
The post Tun M calon perdana menteri pakatan harapan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan