Turki musnah 108 pusat pengganas Kurdis di Syria

KILIS, (TURKI), 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Jet pejuang Turki dibantu serangan artileri memusnahkan 108 pusat perlindungan, persembunyian dan setor simpanan peluru pengganas Kurdis PKK; KCK; dan PYD-YPG dalam serangan yang dilancarkan sejak semalam.

‘Operation Olive Branch’ bertujuan menghapuskan gerakan pengganas Kurdis di sempadan Turki-Syria itu turut memusnahkan beberapa kedudukan militan Daesh, kata kenyataan Kementerian Pertahanan Turki.

Operasi itu masih diteruskan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan di sepanjang sempadan Turki-Syria.

Damascus dilaporkan membantah serangan Turki yang didakwa menceroboh wilayahnya di wilayah Afrin, yang dikuasai pengganas Kurdis.

“Tujuh puluh dua jet pejuang Turki yang mengambil bahagian dalam serangan awal itu kembali ke pangkalan dan bersiap sedia untuk operasi seterusnya,” kata kenyataan itu.

Semalam, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, serangan terhadap pengganas Kurdis sudah bermula dengan jet pejuang Turki terbang di Reyhanli dan Kirikhan, wilayah bersempadan dengan Syria.

Dengan unit artileri Tentera Darat Turki mula mengebom zon di kawal pengganas Kurdis, Tentera Pembebasan Syria yang mendapat sokongan Ankara, memasuki Afrin menggunakan kereta perisai dari sempadan Kilis-Hatay. – Agensi

The post Turki musnah 108 pusat pengganas Kurdis di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian