UMMAH serah tuntutan konvensyen kepada Presiden PAS

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyerahkan senarai tuntutan Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) yang memfokuskan pelaksanaan tujuh kluster kepada PAS, hari ini.

Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yahaya menyerahkan tuntutan itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di ibu pejabat PAS di sini.

Dalam tuntutan itu, UMMAH memfokuskan kepada 7 kluster iaitu Pendidikan, Sosial, Ekonomi, Perundangan, Dakwah, Tanah Rizab Melayu dan Belia.

Beliau berkata, perbincangan antara kedua pihak telah berjalan dengan baik dan lancar.

“Kita telah jelaskan semua tuntutan dengan jelasnya dan tuan guru dengan senang hati menerima baik tuntutan tersebut. Kita berasa begitu terharu atas sokongan yang beliau berikan kepada tuntutan kita ini.

“Saya turut difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan sokongan padu terhadap tuntutan ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, tuntutan berkenaan tidak menyentuh hak bangsa lain, sebaliknya hanya bertujuan memperkasakan hak Islam dan Melayu di negara ini.

“Antara yang kita minta semua parti politik menerima adalah berusaha mengembalikan semula Tanah Rizab Melayu, seterusnya memperkasakan nilai penerapan Islam dalam masyarakat.

“Semua tuntutan ini kita tiada mengambil apa apa hak daripada orang lain. Tapi kita nak pastikan kelestarian bangsa dan agama kita sendiri.

“Apa yang kita buat ini tak lebih dari kerangka Perlembagaan. Itu asas tuntutan yang telah kita jelaskan kepada tuan guru,” katanya.

Beliau berkata, PAS merupakan pertama yang memberi respon terhadap tuntutan tersebut dan akan diikuti oleh parti Berjasa pada 27 Januari ini.

Susulan itu, Penolong Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohamad memohon parti-parti lain agar turut sama mengambil brat terhadap tuntutan ini.

“Parti-parti lain kita dah hantar dan sedang menunggu respon setiap parti dan juga tarikh. Antara partinya ialah UMNO, PAN PKR dan PPBM.

“Kita kepada semua parti yang berasaskan Melayu dan Islam. Kita mahu ia dapat menjadi satu momentum terhadap suara perpaduan masyarakat di negara ini.

“Parti politik juga diharap akan memasukkan tuntutan dalam manifesto masing-masing,” katanya.

The post UMMAH serah tuntutan konvensyen kepada Presiden PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian