UniSZA dinobatkan juara Disrupt-IT Challenge

KUALA NERUS, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Lima pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul pemenang utama pertandingan Disrupt-IT Challenge sekali gus membawa pulang wang tunai RM17,500.

Kejayaan itu diumumkan pada satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 28 Januari lalu.

Ketua kumpulan, Amir Fadzli Abd Ghani berkata, kumpulan Green Dream yang dianggotai oleh beliau dan empat ahli lain itu telah memenangi hadiah utama RM15,000 dan hadiah untuk kategori model perniagaan terbaik sebanyak RM2,500.

“Alhamdulillah kerana hasil produk inovasi kami ini telah berjaya menawan hati juri melalui projek iMB: In-Situ Microalgae Bio-engineered Harvester.

Mesin yang kami cipta ini berjaya menyelesaikan masalah makanan anak ikan yang baru menetas di mana kebiasaannya pengusaha ikan asuhan terpaksa mengimport mikro alga (makanan ikan) dari Korea dan Kanada dengan harga RM800 sekilo.

“Namun, dengan adanya mesin ini, pengusaha ikan asuhan tidak lagi perlu mengimport makanan tersebut kerana mesin ini mampu menuai mikro alga dengan kos yang lebih murah iaitu hanya RM120 sekilo bersamaan penjimatan 85 peratus berbanding sebelum ini,” katanya kepada Bernama hari ini .

Amir Fadzli berkata, lebih 100 pasukan menyertai pertandingan itu namun hanya sembilan sahaja yang layak ke peringkat akhir.

“Alhamdulillah, kami melayakkan diri ke pertandingan akhir dan dinobatkan sebagai juara pertandingan ini dan sudah pasti kami akan terus berusaha untuk mencipta lebih banyak produk inovasi yang boleh membantu masyarakat terutama dalam bidang industri,” katanya.

Disrupt-It Challenge adalah satu pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan dan Prestariang dengan kerjasama MaGIC.

Program itu bertujuan mencari usahawan tekno dengan produk dan idea bisnes baharu yang selari dengan hasrat kementerian untuk melahirkan lebih ramai graduan yang terkehadapan dalam bidang inovasi kreatif untuk menyumbang kepada masyarakat di negara ini.- Bernama

 

The post UniSZA dinobatkan juara Disrupt-IT Challenge appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian