ismakualaterengganu

Usia tua vs usia muda

JIKA Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14 nanti, Tun Mahathir yang diangkat sebagi perdana menteri berusia 93 tahun; manak...

JIKA Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14 nanti, Tun Mahathir yang diangkat sebagi perdana menteri berusia 93 tahun; manakala Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri pula berusia 66 tahun.

Sebagai perbandingan, diktator Zimbabwe, Robert Mugabe yang sebelum ini menyandang takhta sebagai pemimpin dunia tertua, baru sahaja dijatuhkan melalui kudeta tahun lepas. Beliau berusia 91 tahun, iaitu 2 tahun lebih muda daripada Tun Mahathir (kebetulan Mugabe juga kawan baik Tun).

Sedangkan tahun lepas, Emmanuel Macron menjadi Presiden Perancis pada usia 39 tahun, dengan kemenangan dan sokongan rakyat yang sangat besar. Sebastian Kurz menjadi Chancellor Austria pada usia 31 tahun. Jacinda Ardern menang sebagai Perdana Menteri New Zealand pada usia 37 tahun. Di Canada, Perdana Menteri mereka Justin Trudeau membentuk kerajaan ketika beliau berusia 44 tahun.

Dalam pada negara lain berlumba-lumba mengangkat tokoh-tokoh pemimpin muda yang berwibawa, kita di Malaysia dihidangkan dengan muka-muka lama; yang memainkan gendang politik lama dan lapok. Calon Perdana Menteri BN untuk PRU14 pun bukanlah muda sangat, Najib sudah berusia 65 tahun.


Dari satu segi, suasana politik negara kita untuk PRU kali ini agak mirip dengan pemilihan presiden di Amerika Syarikat tahun lepas. Dua calon utama yang bertanding ketika itu — Donald Trump dan Hilary Clinton —adalah masing-masing berusia 71 dan 70 tahun.

Tidaklah saya hendak mengatakan menjadi kesalahan untuk mengangkat pemimpin yang berusia, tidak. Bahkan sebenarnya usia seseorang pemimpin boleh sahaja jadi kelebihan, kerana ia tentunya diiringi dengan pengalaman, dan kematangan politik.

Cuma yang menjadi kerisauan ialah sekiranya muka-muka lama tersebut dihidangkan bukanlah sangat kerana pengalaman atau ketokohan mereka, tetapi lebih kepada semata-mata tiadanya calon berwibawa lain yang lebih muda (hal ini tampak jelas di pihak Pakatan Harapan); atau juga kerana keghairahan mahu terus berkuasa (ini pula di pihak Barian Nasional).

Ketandusan pemimpin muda berwiba, dan kerakusan ingin terus berkuasa, adalah dua perkara yang perlu kita sama-sama tangani.

Aidil Khalid

(Aktivis i-Peguam)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Usia tua vs usia muda appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6184174343848346008

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item