Wadi Al-Bardani lembah paling indah di Arab Saudi
SIAPA sangka di sebalik ketandusan bumi Arab Saudi yang gersang dan berpadang pasir, wujud lembah menghijau dengan aliran sungai sepanjang tahun.
Wadi Al-Bardani adalah salah satu daripada lembah menghijau dengan aliran air paling cantik di Arab Saudi, dan menjadi tumpuan pelancong tempatan.
Lembah itu terletak di selatan Bareq dan utara Muhayil Asir dialiri sungai sepanjang tahun dari bandar Al-Mashbah dan kawasan lain di wilayah Asir sehingga ke Wadi Baqrah.
Kedudukannya adalah di selatan Makkah dengan jarak sejauh 515 kilometer, manakala jaraknya dengan Madinah ialah 941 kilometer.
Dua bandar kecil Bin Otyafa dan al-Asrat terletak di sekeliling lembah ini. Bardani bermaksud ‘sebuah negeri yang dinaungi’.
Sebagai tambahan kepada aliran sungainya, lembah ini terkenal dengan rumput yang menghijau dan formasi gunung-ganangnya. Ia dikelilingi oleh tanah pertanian, industri ternakan kambing dan lembu.
Jurugambar Abdullah bin Shalwan banyak merakamkan gambar-gambar di lembah ini sehingga menarik ramai pelawat yang mahu menikmati keindahannya.
The post Wadi Al-Bardani lembah paling indah di Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan