Wanita dalam pantang meninggal dunia akibat darah beku

BATU PAHAT, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Wanita yang meninggal dunia selepas 20 hari melahirkan anak perempuannya, disahkan berpunca daripada darah beku dalam saluran darah ke paru-paru.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, arwah Roslina Arifin meninggal dunia kira-kira 2 pagi semalam, mengalami simptom ‘Massive Pulmonary Embolism’.

Katanya, pada 12 Disember lalu, arwah dimasukkan ke wad Hospital Pantai dan selamat melahirkan anak perempuan secara pembedahan. Kemudian dia dibenarkan pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, kelmarin suaminya, Azrow Othman menghantar mangsa ke Hospital Pantai kerana mengadu sakit sesak nafas.

“Mangsa pengsan dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Batu Pahat dan dirawat di Unit Kecemasan hospital itu namun kira-kira satu jam kemudian mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya seperti dilapor My Metro.

Beliau berkata demikian mengesahkan punca kematian Roslina, selepas mendapat perhatian media.

Allahyarham turut meninggalkan empat lagi anak lelaki berusia antara 5 hingga 16 tahun.

The post Wanita dalam pantang meninggal dunia akibat darah beku appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?