Wanita Isma Kota Bharu dan Yayasan Ikhlas Sumbang 100 Kit Kembali ke Sekolah

KOTA BHARU, 20 Jan – Seramai 100 orang pelajar telah menerima sumbangan kit bantuan ke sekolah berupa beg sekolah dan sampul wang yang diagihkan dalam majlis pemyampaian di pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Bharu.

Bantuan ke sekolah kali yang ke-3  ini adalah anjuran bersama Wanita ISMA Kota Bharu dan Yayasan Ikhlas. Antara tujuan majlis ini adalah bagi meringankan beban keluarga pelajar di sesi 2018 di samping menyuntik  semangat para pelajar untuk terus berusaha mendapatkan kejayaan cemerlang.

Wanita ISMA dengan kerjasama Yayasan Ikhlas terlibat dalam pengumpulan dana dan sebagai pemudahcara dalam menguruskan sumbangan daripada pihak-pihak dan masyarakat luar.

Penerima-penerima sumbangan ini adalah mereka yang kurang berkemampuan dikalangan pelajar sekolah menengah antara tingkatan satu dan lima, dari kawasan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Abd Rahman bin Iskandar sebagai wakil Yayasan Ikhlas dan Ustazah Asmariah bt Ibrahim, Ketua Wanita Isma Kota Bharu.

Menurut Ustaz Abd Rahman “Sumbangan ke sekolah pada tahun ini kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kita juga turut menyalurkan bantuan persekolahan kepada mangsa banjir di Seberang Perai, Sabah dan Sarawak. Walaupun begitu, kita berharap agar sumbangan pada masa akan datang akan terus mekar agar lebih ramai lagi dapat dibantu.”

Katanya lagi ” Bantuan ke sekolah juga adalah sebahagian dakwah yang perlu disampaikan kepada masyarakat selain daripada ceramah dan kuliah.”

Majlis menyaksikan kegembiraan bersama ukiran senyuman yang jelas terpancar pada wajah para pelajar yang hadir ke pejabat ISMA Kota Bharu ini.

 

 

Ruqayyah Syaheedah Bt Sabri

BKOM Kota Bharu

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian