Wanita jaga keselamatan, kenderaan ketika solat Jumaat

YAN, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Kewujudan ahli Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) yang menjaga keselamatan kenderaan Jemaah Masjid Al Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam di sini, setiap kali waktu solat Jumaat membuatkan jemaah tidak lagi runsing memikirkan keselamatan kenderaan mereka.

Pengerusi Sejiwa Sungai Limau Dalam, Norlia Ismail, 57, berkata, beliau dan dua lagi ahli Sejiwa sudahpun setahun menjalankan aktiviti menjaga keselamatan di masjid berkenaan.

“Idea untuk menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini wujud ekoran daripada kekerapan berlaku kes kecurian motosikal,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, beliau berkata, selepas aktiviti menjaga keselamatan kenderaan itu dijalankan kes kecurian kenderaan seperti motosikal sudah tidak berlaku.

“Alhamdulilah, kami dapat sifarkan kes kecurian motosikal setiap kali waktu Jumaat,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam, Jumaat.

Norlia yang juga ibu tunggal, berkata, mereka mula menjalankan operasi menjaga keselamatan bermula jam 1 tengah hari sehingga selesai solat Jumaat.

“Kami akan pastikan semua jemaah pulang barulah kami akan tinggalkan kawasan masjid dan sepanjang solat Jumaat berlangsung kami akan meronda di sekitar kawasan masjid,” katanya.

Katanya, pernah ketika mula menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini, terdapat juga pihak yang memandang sinis kepada mereka.

“Biasalah mula-mula sementara orang nak faham tujuan kita bila dah faham depa (mereka) sendiri lagi suka kita ada kat sini,” katanya.

The post Wanita jaga keselamatan, kenderaan ketika solat Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian