Wanita maut jatuh tingkat 17 pangsapuri

SHAH ALAM, 26 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Shah Alam, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya sedang giat mengesan ahli keluarga dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa.

“Ini kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat mangsa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Shafien berkata, pada jam 1.37 tengah hari tadi pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang wanita jatuh dari pangsapuri.

“Ketika di tempat kejadian, saksi memaklumkan bahawa mangsa jatuh dari tingkat 17 pangsapuri. Bagaimanapun, tiada unsur jenayah jenayah dikesan buat masa ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

The post Wanita maut jatuh tingkat 17 pangsapuri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian