Waspada skim pelaburan beli emas ala-ala ‘kutu’: SSM

BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan skim pelaburan yang ditawarkan menerusi media sosial khususnya Facebook.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan berkata, ia termasuk skim pelaburan membeli emas atau barang kemas melibatkan pengumpulan wang secara berkumpulan, ala-ala skim pelaburan kutu.

Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan skim pelaburan yang ditawarkan berdaftar secara sah di bawah undang-undang sedia ada di negara ini.

“Setiap skim pelaburan yang sah mestilah mempunyai dokumen prospektus bagi menerangkan produk dan risiko pelaburan berkaitan skim yang ditawarkan.

“SSM juga ingin memaklumkan bahawa ianya menjadi satu kesalahan jenayah bagi orang perseorangan, perniagaan atau syarikat yang menjalankan perniagaan bercirikan ‘skim pelaburan kutu’,” katanya kenyataan itu, hari ini.

Menurut SSM, jika sabit kesalahan di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, pesalah boleh dikenakan hukuman denda RM500,000 atau hukuman penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, orang awam boleh membuat aduan rasmi kepada SSM di aduan@ssm.com.my bagi melaporkan aktiviti skim pelaburan yang mencurigakan untuk diambil tindakan semakan penguatkuasaan.

The post Waspada skim pelaburan beli emas ala-ala ‘kutu’: SSM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian