Yayasan Ikhlas, I-Medik laksana misi kemanusiaan Rohingya

COX’S BAZAR, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin serta Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di enam kem pelarian Rohingya, di sini.

Misi selama lima hari bermula 23 Januari lalu disertai empat sukarelawan daripada Yayasan Ikhlas dan tiga I-Medik, melibatkan kem di Balukhali 3, Balukhali 1 dan Kutupalong.

Lebih 700 pek makanan telah disampaikan kepada pelarian Rohingya, termasuk bantuan perubatan yang dijalankan dengan kerjasama Centagram Medical International College (MCIC)- yang berpusat di Chittagong.

Sebanyak enam buah klinik dibuka di semua kem berkenaan, yang menempatkan seramai 13 orang doktor.


Selain bantuan makanan dan perubatan, sebanyak 400 helai selimut turut diserahkan kepada keluarga di kem Balukhali 3 dan Balukhali 1.

Serentak itu, Yayasan Ikhlas serta I-Medik mengharapkan sumbangan orang ramai untuk turut sama membantu meneruskan misi kemanusiaan terhadap etnik minoriti Islam tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Yayasan Ikhlas, 8600 601 366 (CIMB), 5628 3463 6228 (Maybank) atau 1108 0100 1514 (Bank Rakyat).

Orang ramai juga boleh menyumbang melalui dalam talian di https://www.billplz.com/saverohingya atau menghubungi terus 012-9790211, atau melalui emel di yayasanikhlas2009@gmail.com.

The post Yayasan Ikhlas, I-Medik laksana misi kemanusiaan Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian