Yusuf Qardawi dihukum penjara seumur hidup

KAHERAH, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Mahkamah tentera rejim Mesir kelmarin menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap ulama terkemuka dunia, Sheikh Yusuf al-Qardawi atas tuduhan menghasut untuk membunuh, menyebarkan berita palsu dan merosakkan kepentingan awam.

Perbicaraan tanpa kehadiran Qardawi di sebuah mahkamah tentera itu bagaimanapun, menyatakan keputusan berkenaan boleh disemak semula jika beliau menyerah diri atau ditangkap.

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman mati terhadap lapan tertuduh, termasuk empat yang tidak hadir, atas tuduhan terbabit dalam keganasan pada 2015, lapor Anadolu.

Qardawi yang kini tinggal di Qatar adalah salah seorang daripada 59 individu yang disenaraikan oleh Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai terbabit dalam keganasan.

Empat negara terbabit sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan darat, laut dan udara terhadap Qatar, selepas menuduh negara itu menyokong dan melindungi pengganas. Doha bagaimanapun, menafikan tuduhan itu.

Akhbar UAE, The Nation, Khamis lalu melaporkan bahawa Qardawi, 91 tahun, akan menjadi subjek kepada sebuah dokumentari yang akan disiarkan televisyen Al-Arabiya, yang menunjukkan beberapa fatwa dikeluarkannya yang dianggap sebagai ekstrem dan kejam. – Agensi

The post Yusuf Qardawi dihukum penjara seumur hidup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian