Adakah politik titik kemenangan umat Islam?


Bahang pilihanraya semakin dirasai. Semakin banyak bendera parti-parti bertanding yang sudah dinaikkan. Tidak kurang juga perang media sosial yang sedikit sebanyak sudah menampakkan taringnya. Pilihanraya kali ini amat menarik untuk diperhatikan. Perubahan dan penjelmaan beberapa parti baharu dengan pakatan yang baharu juga mungkin akan membawa perubahan landskap politik di negara kita, Malaysia yang tercinta ini.

Kader-kader dakwah yang memperjuangkan Islam semestinya tidak mahu terlepas dari episod penting dalam pilihanraya akan datang. Semestinya kemenangan Islam diharapkan akan terjadi pada setiap kali pilihanraya berlaku. Namun adakah dengan kemenangan tersebut maka tugas kita sudah selesai? Kemenangan itukah yang ingin kita capai selama ini? Atau di sana ada langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan?

Jika kita singkap sirah Rasulullah SAW, Baginda bermula dengan penubuhan negara Islam Madinah, namun Baginda SAW tidak berpada dengan itu sahaja. Sirah menceritakan bagaimana Rasulullah menghantar pasukan pengintip perang, menubuhkan ketumbukan tentera yang kuat bagi meluaskan lagi negara yang dibina tersebut. Kita juga dapat lihat bagaimana para sahabat menguasai ekonomi setempat sehinggakan merekalah yang mendanai pasukan perang dengan beratus ekor kuda yang jika kita kira nilainya amat tinggi ketika ini. Bidang ilmu pula kita dapat lihat semakin berkembang dari semasa ke semasa, sehinggakan umat Islamlah yang mempelopori ilmu-ilmu atau penemuan yang baru. Zaman yang dinamakan zaman keemasan umat Islam, yang mana ketika itu Eropah berada di zaman kegelapan.

Namun hakikatnya sekarang, kita mampu menilai sejauh mana kita menguasai semua perkara tersebut ketika ini. Itu hanya sebilangan perkara yang sepatutnya kita kuasai, banyak lagi yang tidak disebutkan. Belum lagi kita menceritakan bagaimana hubungan serantau sesama umat Islam di pentas Asia Tenggara. Tak kan kita mahu naikkan Islam di negara ini sahaja sedangkan negara serantau masih lagi dibelengu cengkaman kuffar? Apa akan terjadi jika kita bangkit dan akhirnya ditekan dari segi ekonomi dan sebagainya. Adakah kita mampu bertahan? Politik Mesir menceritakan segala-galanya, tinggal kita sahaja yang mahu mengambil pengajaran.

Jadi di tahap mana kita sekarang ini? Berapa lama lagi rasanya Islam akan menang? 10 tahun? 100 tahun? 1000 tahun? Wallahua’lam. Kemenangan itu pasti. Namun apa yang penting ketika ini adalah bagaimana kita menyiapkan diri kita selaku individu muslim yang berkerja untuk dakwah dan mempersiapkan segala aspek atau ciri-ciri muslim yang dituntut, supaya kita dapat menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.

InsyaAllah.

Oleh : Anas Ghazali

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian