ismakualaterengganu

Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin  – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, meninggal dunia di kediamannya, Taman Melawa...

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, meninggal dunia di kediamannya, Taman Melawati, Kuala Lumpur, petang tadi.

Adiknya, Datuk Seri Muhammad Safian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memberitahu, Abdul Manan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang.

Katanya, Abdul Manan terjatuh di bilik air, dipercayai mengalami serangan jantung.

“Urusan pengebumian termasuk lokasi disemadikan masih dalam perbincangan keluarga. Saya sedang berurusan dengan keluarga di Kuala Lumpur,” katanya.

Abdul Manan pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dan turut dilantik sebagai Pengerusi MyIPO, sebuah agensi pendaftar hak cipta dan produk intelek.

The post Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4752572999132401096

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item