Anggota polis, bomba disembur cecair penghalau beruang

KUALA LUMPUR, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Lapan anggota polis dan lima anggota bomba mengalami pedih mata selepas disembur sejenis cecair pemedih mata yang digunakan untuk menghalau beruang oleh seorang wanita di sebuah residensi Mont Kiara, Jalan Dutamas Raya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang itu, anggota polis dan bomba itu berada di kediaman berkenaan bagi membantu pemilik rumah berkenaan untuk memecah pintu unit kediamannya yang disewa seorang wanita warga Amerika Syarikat.

“Sebelum itu, pemilik kediaman telah ke unit rumah berkenaan bersama seorang tukang kunci untuk membaiki mangga pintu rumah selepas pihak pengurusan residensi memaklumkan ia rosak.

“Pada awalnya pemilik rumah sangka rumah tidak ada orang, tapi bila dia dan jurukunci hendak menukar kunci mangga didapati pintu rumah sewa suspek tidak boleh dibuka dan telah ditahan dengan benda berat. Bila mereka tolak pintu, tiba-tiba pintu terbuka dan suspek terus menyembur semburan cecair berbahaya ke muka mereka,” katanya ketika dihubungi.

Munusamy berkata, terkejut dengan tindakan agresif suspek, pemilik rumah sewa menghubungi polis dan bomba untuk mendapatkan khidmat khas bagi memecahkan pintu rumah suspek.

“Anggota polis dan bomba yang tiba kemudian mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum turut disembur dengan cecair berkenaan.

“Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis kemudian berjaya memujuk suspek yang berusia 44 tahun itu untuk menyerah diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Munusamy berkata, suspek mengaku menyembur pemedih mata ke arah anggota polis dan bomba manakala punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

The post Anggota polis, bomba disembur cecair penghalau beruang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian