AS senarai hitam pemimpin Hamas Ismail Haniya

 

WASHINGTON, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Amerika Syarikat (AS) meletakkan pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniya dalam senarai hitam keganasan dan sekatan, semalam.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan mendakwa, Ismail Haniya yang juga merupakan Ketua Biro Politik Hamas mempunyai hubungan rapat dengan sayap tentera Hamas dan telah menjadi pendukung pertempuran bersenjata terhadap Israel.

Ismail Haniya juga diletakkan dalam senarai hitam sekatan Jabatan Perbendaharaan AS, yang membekukan aset serta menyekat firma dan individu di AS daripada melakukan perniagaan dengannya.

Menyelar perkara itu, Hamas dalam satu kenyataan menolak keputusan AS dan menyifatkan langkah itu sebagai berbahaya.

“Keputusan ini menunjukkan kecenderungan Amerika memihak kepada pendudukan serta pencerobohan Israel, dan menyediakan perlindungan rasmi terhadap jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

“Ini tidak akan menghalang kita daripada menjalankan tugas kita terhadap rakyat kita dan membela mereka, dan membebaskan tanah dan tapak suci kita,” kata kenyataan itu.

Hamas, gerakan politik Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza yang diduduki Israel, menyeru pentadbiran AS untuk menarik balik keputusan itu dan menghentikan dasar yang bermusuhan. – Agensi

The post AS senarai hitam pemimpin Hamas Ismail Haniya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian