AWAS! POKOK MATI KERANA PENGKHIANATAN DEDALU

PERINGATAN ini ditujukan kepada mereka yang cintakan kepada agama, bangsa dan negara. Bukan semua pendatang bersifat dedalu. Ada yang boleh hidup bersama dengan penduduk asal negara ini iaitu bangsa Melayu. Mereka boleh bekerjasama dan hidup dengan aman, tetapi sekumpulan lain sebaliknya.

Kumpulan ini ada agenda tersendiri dan berusaha untuk menjayakan cita-cita tersebut. Mereka ada dalam semua lapangan, terutama politik sama ada kerajaan atau pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaaan (NGO). Semuanya telah ditentukan peranan masing-masing.

Dalam pendidikan ada agenda yang mereka perjuangkan. Tak perlu disebut di sini apa perjuangan atau tuntutan mereka kerana telah banyak diperkatakan dan dinyatakan oleh pelbagai forum dan wacana, jauh sama sekali untuk mereka berfikir mengenai perpaduan kaum.

Setakat ini perjuangan mereka ialah memisahkan bangsa mereka dalam pendidikan. Sistem pendidikan khas untuk keturunan mereka merangkumi pembangunan fizikal dan kurikulum. Mereka mendesak supaya sistem pendidikan yang mereka bawa dari luar diiktiraf setara dengan sistem pendidikan kebangsaan yang diguna pakai di Malaysia.

Acuan yang berbeza akan melahirkan keluaran yang berbeza. Begitu juga sistem pendidikan yang berbeza akan melahirkan generasi yang berbeza. Kesannya akan dapat dilihat dalam tempoh yang terdekat, apabila generasi ini keluar daripada alam persekolahan dan berada dalam masyarakat.

Persoalannya, adakah kita ingin tunggu dan lihat dahulu sedangkan kita telah tahu kesannya yang amat negatif untuk negara yang berbilang kaum seperti Malaysia? Akhirnya pendidikan kita akan mati ibarat pokok mati kerana pengkhianatan dedalu.

Perjuangan mereka juga meresap dalam politik dan ekonomi. Dalam ekonomi mereka melaungkan slogan Nam Thien (menjarah ke selatan) bermula penjajahan ke selatan dengan bantuan Inggeris untuk menjarah semua harta dan khazanah di negara kita dan beberapa negara yang mereka jajah.

Slogan itu masih bertiup kencang hingga bangsa kita akan mati ibarat pokok mati kerana pengkhianatan dedalu. Kita boleh kongsi kekayaan negara, tetapi jangan bangsa kita dikhianati sehingga merempat di negara sendiri kerana pengkhianatan bangsa lain terhadap bangsa kita. Sekali lagi ‘dedalu’ merompak harta kita.

Pada awalnya kumpulan ini menghormati kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam sebagai tonggak utama negara ini, tetapi akhir-akhir ini cabaran telah terserlah secara jelas.

Apa yang tersembunyi di lubuk hati mereka mengenai tujuan kedatangan daripada awalnya adalah di bawah slogan Nam Tien. Mereka datang ada tujuan dan matlamat yang telah disusun lebih awal lagi. Mereka datang bukan kerana perahu hanyut di lautan, tetapi kedatangan mereka dengan perancangan rapi dan tersusun.

Mereka akan mencabar semua keistimewaan bangsa Melayu dan Islam di negara ini dengan pelbagai cara dan wasilah sama ada secara kekerasan atau dengan tipu muslihat. Tiada kejujuran dan setiakawan dalam perjuangan mereka.

Di ambang merdeka cara kekerasan digunakan melalui pasukan bersenjata yang mereka tubuhkan. Tidak dapat dinafikan suasana sekarang cara tipu muslihat mereka gunakan dan tidak mustahil seketika nanti cara kekerasan akan digunakan setelah mereka memperoleh semua sumber kekuatan.

Lihatlah kepada sejarah silam yang dilalui oleh negara kita diambang merdeka dan beberapa kerajaan Melayu lama bermula di Champa dan ke bawah.

Sejarah hendaklah dijadikan pengajaran bukan untuk ditangisi. Jangan biarkan pokok mati kerana pengkhianatan dedalu. Pokok akan musnah untuk selama-lamanya.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh.

Perhatian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

The post AWAS! POKOK MATI KERANA PENGKHIANATAN DEDALU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian