Bekas gitaris Ukays kini pemimpin kanan Daesh

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Bekas gitaris kumpulan Ukays, Akel Zainal, adalah antara empat rakyat Malaysia yang kini menjadi pemimpin kanan militan Daesh, lapor Harian Metro.

Tiga yang lain ialah bekas pengikut Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Mohd Rafi Udin; dan dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar.

Mereka memainkan peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara.

Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, menyertai gerakan militan Daesh sejak tercetusnya konflik di Syria beberapa tahun lalu.

Memetik laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas kematian Ketua Militan Malaysia berpangkalan di Syria iaitu Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, Julai lalu, empat individu itu banyak menguruskan pengkaderan anggota baru.

“Mereka menyebarkan propaganda termasuk dakyah ideologi radikal menerusi pelbagai platform termasuk bahan bacaan.

“Kita semua tahu majalah propaganda Daesh iaitu Dabiq boleh dimuat turun menerusi capaian Internet dan medium itu digunakan untuk mempengaruhi orang lain supaya menyertai perjuangan mereka.

“Selain itu, ideologi mereka disebarkan menerusi aplikasi telekomunikasi seperti Telegram. Berdasarkan beberapa siri tangkapan diakukan juga membuktikan aplikasi itu digunakan secara meluas,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Ayob Khan berkata, pergerakan mereka terbatas apabila ramai pemimpin utama Daesh terkorban termasuk beberapa individu dari Indonesia.

“Individu penting membabitkan rakyat Indonesia dalam pengkaderan iaitu Bahrun Naim terkorban begitu juga Muhamad Wanndy.

“Biarpun kita tahu ancaman kumpulan militan ini semakin berkurangan, polis sentiasa memantau kegiatan mereka dan kini mereka memberi fokus serangan di luar kawasan konflik,” katanya.

The post Bekas gitaris Ukays kini pemimpin kanan Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian